Sejarah Penubuhan

i.                   TARIKH PENUBUHAN
SMU (A) Saadatul Qura ditubuhkan secara rasminya pada 1968 di RPT Bahagia bagi memberikan satu alternatif baru bagi penduduk setempat untuk menghantar anak mereka meneruskan pengajian menengah kerana pada ketika itu, sekolah menengah terdekat hanya terdapat di Bandar Kuala Krai yang memerlukan kos perjalanan yang agak tinggi dan merugikan masa kerana mereka perlu menaiki bot untuk ke Bandar Kuala Krai yang mengambil masa selama 45 minit.
            Bertitik tolak dari masalah yang dihadapi penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan RPT Bahagia, maka tertubuhlah SMU (A) Saadatul Qura di tanah bekas madrasah dan memberikan pengajian agama dan menengah lepada para pelajarnya.


Encik Mustapha Bin Yusof


ii.                   PENGASAS
SMU (A) Saadatul Qura oleh Encik Mustapha Bin Yusof yang merupakan pengetua pertama. Beliau merupakan seorang yang cukup dihormati dan disegani oleh penduduk setempat kerana sikap dan juga kewibawaannya. Beliau mengurus dan mentadbir hal ehwal sekolah selama 15 tahun sebeum diambil alih oleh pengetua seterusnya.


iii.                KELUASAN TAPAK
Keluasan tapak SMU (A) Saadatul Qura adalah seluas 6.8 ekar yang merangkumi bangunan sekolah , kantin , asrama , dan juga sebuah padang. Walaubagaimanapun, seiring dengan perkembangan penduduk setempat dan bagi menampung keperluan pelajar di RPT Bahagia, pihak sekolah telah bercadang untuk meluaskan lagi dan menaik taraf bangunan yang sedia ada dengan beberapa blok baru asrama dan juga blok bangunan sekolah.

ASAL USUL NAMA SEKOLAH
SMU (A) Saadatul Qura mendapat namanya daripada nama RPT Bahagia itu sendiri dimana Qura  dalam bahasa melayu bermaksud kampong manakala Saadatul bermaksud bahagia. Maka terbentuklah satu nama yang cukup indah iaitu Saadatul Qura yang bermaksud Kampung Bahagia dimana ianya melambangkan identiti dan jati diri RPT Bahagia. Keindahan nama sekolah yang diberikan oleh pengasasnya mencerminkan kedudukan dan kredibiliti SMU (A) Saadatul Qura di mata penduduk setempat sesuai dengan statusnya sebagai satu-satunya sekolah agama sekitar kawan RPT Bahagia.